Soalan Panduan Contoh Jawapan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41





 PANDUAN PEPERIKSAAN
MEMASUKI PERKHIDMATAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT
GRED S41


Pendahuluan
Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Maka soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas.

Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41. Peperiksaan ini melibatkan 2 bahagian berasingan. Setiap bahagian adalah penting kerana mengukur calon dalam satu atau dua aspek sahaja. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi kesemua bahagian. Jika prestasi yang sangat baik dipamerkan pada satu atau dua bahagian sahaja maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang menggalakkan bagi setiap bahagian, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokuskan kepada bahagian tertentu sahaja.

Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia berserta lulus dalam bahagian ini akan di panggil untuk temu duga.

PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S41

ARAHAN KEPADA CALON
1. Pada hari peperiksaan calon perlu membawa:
a. Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan
b. Kad Pengenalan
c. Alat tulis; pensel 2B, pen, pembaris, pemadam dan peralatan lain yang difikirkan perlu.
2. Calon mesti berada di pusat peperiksaan tiga puluh (30) minit sebelum Peperiksaan dimulakan.
3.  Calon mesti mematuhi arahan Ketua Pengawas.
4. Calon dilarang berkomunikasi sesama sendiri. Angkat tangan jika ada masalah atau pertanyaan.
5. Calon hanya boleh meninggalkan Pusat Peperiksaan tiga puluh (30) minit selepas peperiksaan dimulakan.
6. Calon mesti kenal pasti pusat peperiksaan sehari sebelum hari peperiksaan.
7. Calon mesti berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata.
8. Calon hanya dibenarkan meninggalkan pusat peperiksaan apabila diarah oleh Ketua Pengawas.

PANDUAN UMUM KEPADA CALON
Peperiksaan ini mengandungi satu (a) bahagian iaitu Kecenderungan iaitu:

BAHAGIAN I - KECENDERUNGAN
Seksyen A - Pengetahuan Am
Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C - Esei Bahasa Melayu
Seksyen D - Esei Bahasa Inggeris
Seksyen A – Pengetahuan Am

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan bidang kerja sosial, integrasi nasional, keharmonian dan perpaduan negara, teknologi maklumat dan komunikasi, dasar-dasar awam dan pentadbiran negara serta lain-lain perkembangan semasa didalam dan luar negara.

Masa : 40 minit
Bilangan Soalan : 50 soalan
Markah : 30

CONTOH SOALAN :

1. Dasar Sosial Negara mempunyai objektif utama seperti berikut kecuali

A menjana sinergi multisektor.
B berdaya tahan dan mengekalkan sistem demokratik.
C membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat.
D memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan dan perkhidmatan Sosial.

Jawapan : B


2. Klinik Nur Sejahtera LPPKN adalah sebuah klinik yang berkonsepkan kesejahteraan yang merupakan satu inisiatif pihak LPPKN.

Perkhidmatan yang disediakan oleh Klinik Nur Sejahtera LPPKN ialah
I pengurusan menopaus.
II saringan kanser reproduktif.
III ujian makmal yang komprehensif.
IV perkhidmatan perancang keluarga.

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV

Jawapan : D
Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam seksyen ini calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:

(i) Kemahiran Logik
(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data
(iii) Konsep Matematik
(i) Kemahiran Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan kemahiran logik untuk memilih jawapan yang tepat atau mengenal pasti jawapan yang salah.

(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data
Beberapa masalah akan dikemukakan menggunakan pelbagai perangkaan dan calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikannya. Bagi memudahkan calon menjawab, penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan.

(iii) Konsep Matematik
Konsep Matematik yang digunakan termasuklah kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas Matematik, pemahaman konsep dan kebolehan untuk berfikir secara kuantitatif yang sesuai dengan tugas sebagai Pegawai Psikologi. Asas-asas Matematik yang digunakan adalah tidak melebihi sukatan pelajaran tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia). Oleh yang demikian, adalah dianggap tahap kesukaran sesuai untuk semua calon kerana telah melalui tingkatan 5.

Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 40 soalan
Markah : 30

CONTOH SOALAN :
1. 30, 32, 36 , X , 60, 92

Apakah X?
A 38
B 40
C 44
D 48

Jawapan : C

2.
Rajah di atas menunjukkan satu nombor perpuluhan. Berapakah hasil tambah digit 3 dan 7 dalam nombor di atas?
A 300.7
B 30.7
C 3.07
D 3.7

Jawapan : C



Seksyen C – Esei Bahasa Melayu
Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Melayu. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.
Soalan : Tiga (3) Soalan Pilih Satu (1)
Masa : 1 jam
Markah : 20
Panjang Esei : Bebas

CONTOH SOALAN :
1. Gagasan 1Malaysia : Harapan baru rakyat Malaysia.
Bincangkan.
2. Anda sebagai seorang Pegawai Pembangunan Masyarakat. Jelaskan peranan anda dalam membentuk kepimpinan kampung yang unggul.

Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris

Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.
Soalan : Tiga (3) Soalan Pilih Satu (1)
Masa : 1 jam
Markah : 20
Panjang Esei : Bebas

CONTOH SOALAN :
1. Children learn best by observing the behavior of adults and copying it. Discuss.

2. What dangers are there for a society which depends on computer screens rather than face to-face contact for its main means of communication?


Leave a Reply

Masyafiq.My. Powered by Blogger.

Blogroll