Pegawai Penyelidik Q41

Tahukah anda mengenai jawatan pegawai penyelidik perkhidmatan awam di Malaysia yang bermula dari Gred Q41? Jawatan ini adalah jawatan tertutup dan banyak kelebihannya. Apakah kelebihannya?

Tips Mendapatkan Jawatan Pegawai Penyelidik Kerajaan!


Jawatan : Pegawai Penyelidik

Gred : Q41

Kumpulan : Pengurusan dan Profesional

Kem./Jab. : Pelbagai Kementerian/ Jabatan

Jadual Gaji :
P1T1 RM1899.01-P1T25 RM4715.47
P2T1 RM1995.02-P2T25 RM4988.08
P3T1 RM2095.21-P3T25 RM5284.57


Syarat Lantikan:
i) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang Sains yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau


ii) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pertanian atau perikanan yang diiktiraf
oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: P1T2 RM1990.85]; atau


iii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: P1T3 RM2082.69]; atau

iv) Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: P1T5 RM2266.37]; atau


v) Ijazah Sarjana dalam bidang Sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: P1T6 RM2358.21]; atau


v) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Sains daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: P1T9 RM2633.73]; dan


v) lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penyelidik adalah layak
dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Pegawai Penyelidik Gred
Q41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
i) mempunyai kelayakan di atas; dan
ii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas:
a) menjalankan kerja-kerja penyelidikan pembangunan (R & D) dalam bidang
mikroelektronik dan teknologi maklumat atau dalam bidang berkaitan.
b) menjalankan penyelidikan asas dan gunaan, khidmat nasihat kepakaran,
menyebar maklumat-maklumat berkenaan teknologi berkaitan dalam
negara.
c) melaksanakan kajian dan penyelidikan mengenai jaminan kualiti,
penyelidikan serta pemindahan sains dan teknologi dan pembangunan
serta latihan, kursus-kursus bagi pengguna-pengguna dalam negara.

www.pegawaipenyelidik.com

Masyafiq.My. Powered by Blogger.

Blogroll